My New Life

E-Kamus-Malaysia

Sunday, August 13, 2006

Surat Pembaca BH

Berikut adalah tulisan oleh seorang Unit Trust COnsultant di BH.


Fahami risiko unit amanah lahir pelabur bijak
Oleh Nik Rizal Nik Yusoff (Perunding Profesional Unit Amanah di Kelantan)

BEBERAPA hari lalu kita dihidangkan satu berita iaitu pelaburan dalam unit amanah menerusi pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengalami �kerugian� melebihi RM600 juta. Ramai di kalangan pemimpin kesatuan sekerja dan pengguna membuat ulasan yang sebahagiannya tanpa membuat penyelidikan terlebih dulu.


Tahukah mereka apakah pelaburan unit amanah? Pelaburan jenis ini wujud di Malaysia dari zaman sebelum negara mendapat kemerdekaan lagi. Cuma sejak penghujung 1970-an, kegiatan unit amanah (unit trust) mula menampakkan kerancakan dan mengalami kepesatan pada 1990-an.

Di United Kingdom, kegiatan itu bermula lebih awal. Konsep pelaburan ini sebenarnya membuka peluang kepada golongan �kurang berada� untuk mengikut serta di dalam kegiatan ekonomi melalui pelaburan yang bermodal kecil. Golongan ini tidak mampu menyertai pelaburan hartanah atau melabur di kaunter Bursa Malaysia, atau memulakan perniagaan yang sememangnya memerlukan modal besar.

Dengan hanya bermodalkan RM500 hingga RM1,000, mereka boleh membuat pelaburan yang dikendalikan pengurus dana berpengalaman dan profesional serta dipantau oleh pemegang amanah, mengikut ikatan amanah (deed) yang dipersetujui.

Kelulusan untuk melancarkan sesuatu tabung amanah (unit trust fund) memerlukan kata putus dari Suruhanjaya Sekuriti dan Bank Negara. Jadi ia bukan sekadar suka-suka sesuatu Institusi Pengendali Dana (IPD) boleh melancarkan sesuatu tabung amanah.

Saya berkecimpung di dalam industri unit amanah kerana berasakan ia adalah salah satu cara kita menggalakkan orang ramai membuat simpanan bagi menghadapi masa akan datang. Ramai tidak mengetahui kesan inflasi dan percukaian terhadap status kewangan kita pada masa hadapan.

Sekiranya kita membuat simpanan yang memberikan pulangan kurang daripada kadar inflasi, seolah-olah kita sebenarnya tidak membuat simpanan yang betul. Taraf hidup pada masa akan datang semestinya lebih tinggi ekoran inflasi dan cukai, jadi untuk menghadapinya, kita seharusnya membuat simpanan yang memberikan pulangan melebihi kadar inflasi.

Konsep simpanan dalam unit amanah adalah untuk jangka masa sederhana dan panjang, iaitu pulangan boleh dilihat selepas simpanan melebihi sekurang-kurangnya tiga tahun. Skim pelaburan unit amanah bukanlah suatu skim cepat kaya, yang dijanjikan memberikan pulangan banyak dalam masa singkat. Sebab itu, pelaburan unit amanah boleh dijadikan �saving tool� untuk tabung pembelajaran anak, tabung persaraan dan lain-lain.

Pelabur juga perlu diingatkan bahawa risiko pelaburan tetap ada walaupun wang dilaburkan dalam pelbagai portfolio berbentuk ekuiti, pasaran mata wang, bon dan �real estate investment� (Reit) dengan peratusan tertentu mengikut tahap risiko sesuatu tabung/dana (fund). Ada banyak dana dilaburkan di luar negara mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang pesat, demi memberikan keuntungan kepada pemegang unit amanah.

Banyak dana yang ditawarkan oleh IPD disesuaikan untuk pelabur yang agak sensitif terhadap pelaburan yang perlu mematuhi prinsip syariah. Pelaburan perlu dibuat ke dalam kaunter komoditi, bon atau hartanah yang diluluskan oleh Jawatankuasa Syariah Suruhanjaya Sekuriti.

Panel jawatankuasa syariah ini terdiri daripada ulama dan profesional yang arif di dalam bidang muamalah yang berteraskan hukum syariah. Dana yang mematuhi prinsip syariah ini setidak-tidaknya mampu memberikan alternatif kepada pelabur Muslim untuk membuat simpanan secara sedikit, bagi mencapai kedudukan kewangan yang lebih baik pada masa hadapan.

Di samping itu, seseorang yang ingin menjadi perunding unit amanah (Unit Trust Consultant � UTC) perlu menjalani proses tapisan oleh institusi pengendali dana (swasta seperti Public Mutual, CIMB Principal Asset Management, Hwang-DBS Investment Managment, OSK-UOB Unit Trust Management, AmInvest, SBB Mutual, ASM Mara Unit Trust Management dan lain-lain) dan mesti menduduki peperiksaan yang dijalankan oleh sebuah badan profesional iaitu Federation of Malaysian Unit Trust Managers (FMUTM).

Hanya mereka yang mempunyai lesen boleh menjalankan proses perundingan dan urusan dalam unit amanah. Seseorang UTC mesti mematuhi etika yang ditetapkan oleh FMUTM. Jadi tuduhan bahawa perunding unit amanah tidak menjalankan tugas dengan baik, perlu dibuktikan secara sah.

Sesetengah dana juga mempunyai pakej perlindungan insurans secara percuma untuk pemegang unit amanah yang memenuhi syarat di samping beberapa kemudahan lain. Ia menambah nilai kepada pelaburan yang dibuat, dengan adanya perlindungan insurans percuma.

Syarikat yang memberikan perlindungan insurans ini juga adalah syarikat insurans yang teguh. Jadi memberikan gambaran bahawa sebahagian pengendali dana amanah ini mendapat pengiktirafan oleh syarikat insurans besar dan teguh.

Saya menyambut baik cadangan KWSP untuk menjaga kepentingan pelabur, namun saya berasakan pelabur perlu memahami setiap perkara pokok dalam pelaburan unit amanah. Antaranya, pelabur mempunyai hak tempoh bertenang (cooling-off period), hak mengetahui risiko sesuatu pelaburan dan hak mengetahui �past-performance� sesuatu dana (walaupun selalu dinyatakan prestasi lalu tidak menjamin prestasi akan datang). Bacalah prospektus sesuatu dana sebelum menandatangani sesuatu borang dan anda berhak mendapat penjelasan daripada UTC.

Ungkapan NAB (Nilai Aset Bersih - Net Asset Value / NAV), caj pengurusan, caj tahunan, nilai jualan, nilai belian akan sentiasa ada sekiranya anda meninjau halaman Amanah Saham atau Unit Amanah dalam akhbar harian kita.

Saya yang juga melabur dalam dana unit amanah yang mematuhi prinsip syariah (Syariah-compliant unit trust funds) ingin menyeru agar bakal pelabur membuat pertimbangan yang sebijak mungkin kerana pilihan bijak memungkinkan kita mendapat tahap kewangan yang kukuh pada masa hadapan.

Pemimpin kesatuan sekerja dan pengguna perlu memahami sedalam-dalamnya sesuatu perkara sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan yang mungkin boleh memberikan kesan negatif kepada orang lain terutama mereka yang mencari rezeki hanya melalui komisyen industri unit amanah yang sememangnya jauh lebih kecil berbanding komisyen ejen insurans.

Ramai UTC di kalangan Bumiputera yang baru berjinak-jinak dalam industri ini yang perlu sokongan dan galakan daripada kerajaan, untuk mereka lebih maju dan berdaya saing dalam bidang yang sudah lama diceburi oleh rakan kita daripada bangsa lain.

Seorang pelabur bijak adalah yang memahami risiko dan melabur melalui pengendali yang sudah mempunyai �track-record� pengurusan dana yang baik dan memberikan pulangan baik (melebihi kadar inflasi semasa).

Beberapa badan bebas antarabangsa yang berkemahiran dalam industri unit amanah seperti Standard & Poor�s dan Lipper, ada mengeluarkan penilaian profesional mereka terhadap prestasi dana yang ada di Malaysia untuk rujukan pelabur.

Kita perlu juga mengambil pedoman daripada kebijaksanaan Nabi Yusuf AS yang membuat perancangan ekonomi berdasarkan hidayah Allah SWT untuk menghadapi cabaran hari muka. Kita menyimpan sewaktu ada dan digunakan apabila kesempitan.

Thursday, August 10, 2006

SwissCash

Assalamualaikum,

Ada diantara bakal pelabur saya yang menanyakan darihal perkara ini, memang saya pernah berminat untuk menyertainya suatu masa dahulu dan membuat kajian berkenaan dengannya.. Saya jumpa laman web satu grup dream kaya yang mana antara lain mempromosikan pelaburan di SwissCash.. saya telah join forum dan jawapan yang diterima amat menyedihkan saya malah saya diperli dan dimarahi pulak.

Hujjah mereka untuk menghalalkan (pertanyaan pertama saya sebagai Muslim sebelum melabur ialah "halal ke pelaburan nih?" Dan jawapan yang saya terima ialah, ustaz tu masuk, ustaz ni masuk , ramai yang dah masuk (masa tu laman tu ada 5ribu lebih ahli) malah adminnya mendakwa Bekas Pengarah JAKIM pun join. Inikah hujjah yang mereka guna? Apa yang pasti, mereka tak tahu ke mana duit mereka dilaburkan...

Pendek cerita jer lah.. Saya mendapat satu kajian yang dilakukan oleh seorang pakar kewangan Islam yang bertugas di RHB bank, ustaz Zaharuddin. Berikut pendapat dan hasil kajiannya:

"Saya dah check dan jawapannya adalah ia adalah pelaburan Riba yang majoritinya haram dan diurus secara tidak Islam secara keseluruhan. Ia menggunakan kebanyakan International Commodity Trade bagi mengaut keuntungan..ia melaburkan duit menggunakan instrumen-intstrumen yang terlibat dengan riba. Antara instrumen yang digunakan adalah :-

a) Hedging : Ia tidak dilakukan menurut syarat yang ditetapkan syara',

b) Forex : Ia juga dibuat tidak memenuhi syarat "yadan di yadin" atau "on the spot basis" yang disebut oleh Nabi Muhammad SAW.

c) SWAP (ia juga haram kerana contractnya melibatkan pertukaran matawang secara bertangguh, ia adalah riba nasiah).

d) Options : Ia juga instrumen konvensional yang diharamkan kerana ia dianggap jual beli hutang dengan hutang yang diharamkan, Ia juga terlibat dalam jual beli pada masa hadapan yang tidak sah menurut syara'.

e) Futures ; ia juga diharamkan oleh OIC International Fiqh Academy.

f) Guaranteed Capital : Ia tidak sah menurut 4 mazhab dalam pelaburan islam yang dikenali sebagai Mudarabah dan Musyarakah. Tapi swiss cash menggunakan kerana ia bukanlah pelaburan yang diurus menurut Shariah. pastinya kontrak batal menurut 4 maazhab dan segala keuntungan adalah tidak sah.

g) Guaranteed Fixed Return : Ia tidak ubah seperti Fixed Deposit yang diharamkan oileh Islam kerana Riba. Nabi SAW menybut : Al-Gunm Bi al-Gurmu ( profit is by taking risk). Fixed return jenis pelaburan ini adalah bertentangan dgn hadith tadi.

h) Equity dan commodities : kebanyakkannya terlibat dgn gambling elements.

i) Companies : Investmentnya dalam company juga tidak diketahui apa jenis compnay yang dilabur..dan adakah ianya diluluskan oleh Dow Jones Islamic.

Kesimpulannya, tiada satu pun yang dibuat dan diurus tadbir secara Islamic. semua terlibat riba dan gambling...maka semua untungya juga riba, tidak halal satu sen pun walaupun pulangan lumayan tetapi ia adalah haram , HARAM DAN HARAM...MANIS DI DUNIA, PAHIT DI BARZAKH DAN AKHIRAT."

Majoriti keputusan di atas adalah menurut keputusan Majlis Penasihat Shariah oleh Accounting & Auditing Organization For Islamic Institutions atau OIC Interntional Fiqh Academy (Majma Fiqh Islami) yang dianggotai oleh ahli-ahli pakar . Antara ahli Shariahnya adalah Syeikh Mufti Taqi Uthmani, Prof. Dr. Syeikh Wahbah Zuhayli, Prof. Dr. Syeikh Siddiq Dharir, Syeikh Abdullah al-Mani, Dr. Abd Sattar Abu Ghuddah, Dr. Nazih Hammad, Syeikh Hussain Hamid Hassan, Syeikh Nizam Ya'quby, Dr. Mohd Daud Bakar, Syeikh Al-Ayashi al-Sadiq Faddad, Syeikh Dr. Ajil Nashmi dan ramai lagi

Tuesday, August 08, 2006

UNIT AMANAH SAHAM MERUGIKAN??

Surat Khabar hari ini dan semalam sedang rancak membicarakan tentang ‘kerugian’ yang dialami oleh para pelabur Unit Amanah Saham!!!

Nampaknya trend ini boleh membunuh industri pelaburan unit amanah saham Negara. Menurut Artikel itu lagi, jumlah kerugian yang ditanggung oleh para pelabur melalui skim KWSP adalah berjumlah RM600 juta. Berikutan dengan itu, terdapat beberapa kesatuan-kesatuan sekerja dan Persatuan Pengguna (bunyi macam banyak kesatuan tapi tak dinyatakan berapa banyak dan kesatuan yang mana satu – tidak dinyatakan kecuali FOMCA dan CUEPACS) menggesa kerajaan menghentikan Skim Pelaburan KWSP ini.

Namun begitu, yang dilaporkan memberi kenyataan akhbar ialah Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Nordin Abdul Hamid yang dilaporkan sebagai ’Terkejut” membaca LAPORAN bahawa jumlah terkumpul kerugian ekoran pengeluaran caruman bagi tujuan tersebut berjumlah RM600 juta. Beliau mahu kerajaan campur tangan.

Perkara yang perlu diambil perhatian:

1. Laporan yang dirujuk oleh President kongress adalah LAPORAN AKHBAR iaitu Mingguan Malaysia. (dikatakan bersumber dpd kesatuan sekerja berkenaan)

2. Kesatuan-kesatuan kerja dan Persatuan Pengguna yang manakah yang turut mempertikaikan Skim Pelaburan KWSP ini? Atau hanya 2 ini sahaja iaitu FOMCA dan Cuepacs?

3. Berapa peratusankah RM600 juta itu daripada JUMLAH keseluruhan pelaburan yang dibuat melalui KWSP?

4. Jumlah RM600 juta itu bagi tahun kewangan bila dan berapa lama ianya dilaburkan?

5. Peratus kerugian ini dijana daripada Syarikat mana? Atau sektor mana?

6. MENGAPA tiada dibuat temu ramah dengan PAKAR PELABURAN itu sendiri yang mana mereka ini lebih layak untuk mengulas. Sudah menjadi kebiasaan apa-apa isu sekalipun PASTI ditanyakan kepada Pakar bidang yang berkenaan tetapi nampaknya perkara ini tidak dilakukan dalam hal ini. Kenapa??

Jawapan peribadi saya:

1. Untuk kemusykilan yang pertama, sepatutnya laporan hendaklah didasarkan kepada penganalisis pelaburan bebas yang dapat memberikan input yang lebih tepat mengikut perspektif pelaburan itu sendiri. Laporan yang sehingga membuatkan President CUEPACS itu terkejut adalah Laporan yang dibuat oleh Mingguan Malaysia. Tuan-tuan dan puan-puan sendiri lebih maklum akan kredibiliti akhbar lidah kerajaan ini berkaitan dengan laporan-laporan berita yang disampaikannya – Perlu saya ulas lagi ker? Cukup la kot –

2. Kemusykilan kedua ini berkait dengan kredibiliti Akhbar itu tadi. Adakah cukup dengan hanya membuat andaian secara blanket kesatuan itu kesatuan itu bla bla bla bla... Adakah ini bentuk laporan yang bertanggungjawab? Kita tunggu sahaja lah.

3. Kemusykilan ketiga ini agak teknikal dan berdasarkan kepada fakta. Mari kita buat analisis ringkas akan peratusannya.

Jumlah keseluruhan Pelaburan KWSP = RM 9,760,000,000.00
Jumlah yg dikatakan rugi = RM 600,000,000.00

Jumlah peratusan 100% = 9,760,000,000.00 * 1% = 97, 600,000

Peratusan ’rugi’ = 600,000,000 ≈ 6.14754%

Peratusan kerugian ialah 6%, sudahkah diselidiki akan penyusutan ini disebabkan oleh apa? (itu sebab kena tanya pakar pelaburan, kalau tanya President CUEPACS beginilah jadinya – oh Ya! PM pun ada komen, yang tu nanti saya ulas satttt je lagi).

a. Penyusutan juga perlu dilihat daripada sudut apa ianya menyusut, adakah
daripada tindakan mengambil untung? – Pelabur menjual Unit Amanahnya setelah mencapai target, atau menyusut tanpa ada pelabur yang menjual unit Amanahnya?. Biasalah keluar masuk pasaran untuk mana-mana pelaburan saham sekalipun dan pelaburan Unit Amanah ini tidak terkecuali.

b. Perlu juga diambil kira akan jumlah pelabur yang telah mencapai umur 55
yang mana mereka ini boleh mengeluarkan kesemua caruman mereka daripada KWSP. Suka diingatkan bahawa untuk melayakkan melabur dalam Skim ini, seseorang perlu mempunyai sejumlah minima RM55k dalam tabung 1. Berapa ramai yang telah hampir mencapai umur persaraan yang mana mereka boleh mengambil semua caruman mereka?. Adakah perkara-perkara ini telah diambil kira?

c. Setiap pelaburan daripada Skim KWSP ini adalah berasaskan kepada lebihan daripada RM50,000 jumlah tabungan dalam Tabung 1 KWSP. Dalam erti kata lain, diambil kira akan jumlah minima pelaburan ialah RM1,000 maka jumlah dalam Tabung 1 bagi melayakkan untuk melabur dalam skim ini ialah RM55,000. Ini bermakna RM55,000 – RM50,000, sejumlah RM5000 yang boleh dilaburkan. Dan dari RM5000 ini, hanya 20% sahaja yang boleh dilaburkan pada setiap 3 bulan (termasuk proses EPF - 4 bulan). Maknanya di sini, setiap pelaburan yang dijual akan mengambil masa untuk dilaburkan semula. Contohnya ialah seperti berikut:

i. Pelabur A, telah melabur dgn Skim KWSP sejak sekian lama. Jumlah pelaburan beliau berserta pulangan pelaburan telahpun mencecah RM150,000.00. Beliau pada satu ketika itu telah bercadang untuk mengambil keuntungan (profit taking) memandangkan harga yang begitu baik. Oleh itu, beliau telah menjual Unit Amanah Sahamnya itu. Memandangkan ianya dibawah Skim KWSP dan beliau belum memenuhi syarat-syarat pengeluaran caruman KWSP, maka duit keuntungan + pelaburan tersebut akan dimasukkan kembali ke KWSP!

ii. Setelah itu, selang dalam jangkamasa yang tertentu beliau telah membeli semula Unit Amanah Saham tersebut. Pada ketika itu, jumlah pelaburan beliau yang boleh dikeluarkan adalah sebanyak RM150,000 X 20% = RM30,000 sahaja. Dan dalam masa 3 hingga 4 bulan akan datang, baru boleh dikeluarkan lagi 20% iaitulah RM24,000 untuk pelaburan tambahan. Maknanya, dalam setahun, hanya 3 kali pelaburan dapat dibuat. Oleh itu, sejumlah RM150,000 yang dikeluarkan pada awalnya itu, akan mengambil masa hampir 2 tahun untuk dilaburkan semula sepenuhnya!! (20 bulan).
Berdasarkan kepada perkara ini, sekiranya berlaku aktiviti mengambil untung (profit taking) ini secara berkumpulan – mengikut trend- maka sudah tentulah akan berlaku penyusutan jumlah pelaburan dalam Skim KWSP, adakah perkara ini diambil kira?

4. Umum mengetahui, Pelaburan Unit Amanah Saham adalah Pelaburan Jangka Panjang, justeru itu Laporan Prestasi merentasi tahun antara tahun 3, 5, 10 dan seterusnya. Ianya tidak berdasarkan kepada tahun kewangan semasa semata-mata! Pelaburan didalam Unit Amanah saham adalah seumpama pelaburan membuka kedai runcit atau mini market.

Untuk perniagaan Mini Market, margin keuntungannya diletakkan dalam jangkamasa setahun. Ini bermakna, peniaga Mini Market akan beroperasi dalam ’kerugian’ pada bulan bulan awal perniagaannya sehinggalah dijangkakan membuat keuntungan setelah setahun dari tarikh dia mula berniaga (mungkin sahaja lebih awal). Sekiranya setahun ia masih tidak membuat keuntungan, maka baru dirumuskan perniagaanya itu tidak berdaya Maju! Oleh itu, peniaga Mini Market, contohnya memerlukan modal sebanyak RM 300 ribu tidak dapat tidak perlu menyediakan dana yang mencukupi untuk dia beroperasi dalam keadaan ’rugi’ pada awal awal bulan perniagaannya. Untuk itu, ia perlu menyediakan sekurang kurangnya dalam kes ini RM100,000 untuk ’sustainability’ perniagaannya sehinggalah ia mendapat ’break even’ dalam jangkaan jangkamasa setahun!


Begitu juga untuk pelaburan Unit Amanah Saham, secara umumnya, ianya terbahagi kepada 3 jenis pelaburan (berdasarkan kepada ’Financial Goals’ pelabur itu sendiri). Pelaburan tersebut ialah:

a. Pelaburan Jangka Pendek = antara 3 hingga 5 tahun. (bukan setahun!!)
b. Pelaburan Jangka sederhana = 5 tahun ke 10 tahun.
c. Pelaburan Jangka Panjang = 10 tahun ke atas (yang ini yang paling disyorkan)

Mengikut laporan yang dibuat oleh Mingguan Malaysia itu, saya percaya (andaian)
ianya dibuat berdasarkan Laporan Tahunan KWSP yang mana ianya hanyalah meliputi tahun kewangan semasa 2004-2005 ! Sekiranya teori ini betul, maka laporan jenis ini tak boleh dijadikan kayu ukur kepada Prestasi Pelaburan Unit Amanah!!! Laporan sepatutnya ialah laporan yang dibuat oleh badan pelaburan bebas seperti Edge-Lipper atau The Star/Standard Poor Awards dan sebagainya. Laporan jenis inilah yang lebih menyeluruh dan patut digunakan untuk menilai prestasi Unit Amanah Saham dan bukannya laporan tahunan KWSP!!! Laporan tahunan KWSP boleh diibaratkan sebagai bulan bulan awal bagi seorang peniaga Mini Market / Peruncitan.

Kenapa pelaburan Unit Amanah rugi dalam Jangkamasa pendek?

Sebenarnya, setiap urusan jual beli Unit Amanah Saham adalah berdasarkan kepada harga pasaran semasa. Dalam ertikata lainnya, ada Harga Beli dan Harga Jual. Harga jual ini telah dimasukkan caj perkhidmatan ke dalamnya. Ini menjadikan harga jual dan harga beli yang berbeza. Prinsipnya sama macam jual beli lainnya, untuk untung, ’Beli Murah, Jual Tinggi = Untung” . Contohnya harga Beli ialah 0.8251 dan harga jual ialah 0.8787 (caj 6.5%). Di sini, bezanya ialah 0.79sen. Naik turunnya harga Unit Amanah ini adalah dalam volume yang kecil dan tidak seperti turun naiknya Pasaran Stok. Untuk itu, dalam sebulan mungkin pergerakan naiknya hanyalah 10sen. Sekiranya pelabur melabur dalam sebulan dan hendak mengeluarkan pelaburannya, dia akan mengalami kerugian. Setiap pengeluaran, maka caj 6.5% yang di atas itu akan dikenakan – untuk jual semula- Syarikat ikut harga beli- . Untuk pelabur yang bercadang untuk menggunakan wangnya untuk objektif kewangannya sendiri, contohnya setahun, tidak digalakkan untuk melabur di Unit Amanah Saham walau kemungkinan untuk untung tetap ada berdasarkan kepada pulangan dividen yang diberikan namun ianya tidak digalakkan. – sila rujuk Prinsip Dollar Cost Average.

5. Terdapat lebih daripada 40 buah syarikat (UTMC) pelaburan Unit Amanah Saham ini. Syarikat manakah yang menunjukkan prestasi yang buruk? Sepatutnya, syarikat yang tidak menguruskan dana dengan baik inilah yang ditarik balik kebenaran daripada menyertai Skim ini dan bukannya dihukumkan keseluruhan UTMC secara umum!! Tidak dinafikan ada diantara UTMC ini yang tidak ’perform’ dan mengalami kerugian atau memberikan pulangan yang rendah tapi jangan nafikan juga ada UTMC yang memberi pulangan berlipat kali ganda daripada apa yang KWSP boleh beri pada setiap tahun!! – Public Mutual Berhad. - Pengalaman senior pelaburan saya sendiri (semalam – 6 ogos- kebetulan kami bersembang), tidak ada seorang pun pelaburnya yang mengalami kerugian setakat ini. Pelaburnya yang telah melabur lebih 5 tahun sudah pun menggandakan sekali ganda pelaburan KWSP mereka!!

6. Yang terakhir ingin saya sentuh ialah kegagalan pihak akhbar ini untuk merujuk kepada pakar yang berotoriti untuk menyentuh akan perkara ini. Yang ditanyai ialah President CUEPACS dan FOMCA yang mana sudah tentulah mereka risau melihatkan ’kerugian’ atas kertas tersebut. Persoalannya di sini, pihak berautoriti dalam hal ehwal ini ialah Suruhanjaya Sekuriti. Dapatkan pendapat dan kenyataan daripada Suruhanjaya Sekuriti (SC) ini berkenaan akan hal ini. SC ini bertanggungjawab atas segala hal pelaburan samada Unit Amanah Saham, Pasaran Hadapan, Pasaran Stok dan FOREX dsbnya. Mana kenyataan SC??? Setidaknya, tanya lah ke BSKL ker, atau mungkin yang kita biasa dengan Pakar Pelaburan Saham, Salleh Majid . Pendapat orang yang ahli inilah yang lebih diraikan dan terpecaya.

KESIMPULAN


Saya sebagai seorang yang menceburkan diri dalam bidang ini tidak nampak akan kebenaran berita ini. Banyak perkara yang terlepas pandang dan tidak disentuh. Bukan mudah untuk merangsang bangsa saya, bangsa Melayu ini untuk melabur. Mereka lebih takutkan akan risiko walaupun saya buktikan kepada mereka bahawa pulangannya adalah melebihi risiko yang ditanggung oleh pelabur. Kebanyakan pelabur dalam Unit Amanah Saham ini adalah bangsa Cina yang lebih sanggup untuk mengambil risiko. Mereka ini telah lama terdedah kepada budaya berniaga yang mana sentiasa bermain dengan risiko. Dalam semua bentuk pelaburan, Unit Amanah Saham sebenarnya adalah pelaburan yang paling rendah risikonya jika dibandingkan dengan Pasaran Saham, Pasaran Hadapan, FOREX dsbnya. Saya menumpukan kepada Pelabur Melayu (Majoriti Islam – ada juga Cina Muslim dgn saya) kerana saya tidak mahu terbabit dengan pelaburan yang tidak menepati Syarak. Sekiranya pelabur saya adalah bukan Islam dan mereka mahu melabur ke Dana yang tidak Islamik, saya tidak boleh menghalang mereka!! Oleh itu, saya tumpukan hanya kepada Pelabur Muslim dan di negara ini adalah majoritinya bangsa Melayu. Nampaknya setelah ini, semakin takutlah pelabur Melayu ini untuk melabur!

Sekiranya ada tindakan yang akan diambil, diharap tindakan ini biarkan kena pada tempatnya. Saya mengsyorkan supaya sekiranya kerugian ini dikesan daripada Syarikat syarikat UTMC yang tidak berjaya menguruskan dana dana amanah ini dengan baik – menjana pulangan- , kebenaran untuk mereka terus berurusniaga dalam Skim ini hendaklah ditarik balik. Ianya menjadi peranan Kerajaan untuk memantau prestasi UTMCs ini dan menarik balik kebenaran kepada mereka untuk terlibat dalam Skim ini supaya UTMC lainnya yang berdaya maju tidak terbabit sama.

Saya terpana juga bila PM kita juga mengulas akan perkara ini. Nampak beliau agak berhati hati dalam mengeluarkan pendapatnya. Biasanya beliau hanya mendiamkan diri dalam kebanyakan isu (kecuali isu Kongsi raya). Terdetik di hati saya.. ”hmmmm..agaknya betul apa yang dituduh oleh Pembangkang, Kerajaan TAK ADA DUIT untuk membiayai RMK 9” . Tadi sempat menonton rancangan ’bersemuka dengan PM” di TV, dalam perbincangan itu, ada disentuh RMK9. PM ada sebab 3 kali ”duit ada” walau yang ditanya hanya sekali, tetapi di masa-masa lainnya dia cakap ’duit ada’ tanpa ditanya..kenapa ya? Pasang-pasanglah teropong anda!! (saja nak nakal nakal skit..tak ada apa-apa..jangan gossip!!)