My New Life

E-Kamus-Malaysia

Thursday, July 20, 2006

Kisah hari ni

Tadi pegi jumpa Suzihani di pejabatnya, dia semalam tak kasi Salinan IC. Then trus berangkat ke Tabung Haji di Selborn, pusing dua kali untuk parking jer, then dah parking, masuk masuk, rupanya dia tak handle akaun tapi cuma urusan untuk umrah semata.
Nampaknya kena gerak ke menara lah. Sampai menara tabung haji trus sms Bonjot, pi solat dulu di surau, lepas solat dia muncul, rupanya dia solat sekali, baru lepas makan katanya. Then kami gerak ke Tabung Haji punya kaunter. Aku tengok dalam perjalanan ke surau tadi ada orang sudah buka satu meja pasal Public Mutual. Tapi aku lalu dia tak panggil pun! Agaknya dia mengharapkan orang pegi kepada dia...kalau tak, leh jugak aku blajar macammana ayat depa tu pakai ..ehehehe...
Aku keluarkan duit tabung haji anak anak aku, sama je semua kecuali Razin, dia punya keluar kurang seratus memandangkan duit dia pun tak banyak. Bonjot lepas tolong aku, masa aku kat kaunter dia blah naik ke opis. Baru perasan masa kat parking tu Suzi tak taruk Nominees dia untuk takaful...isk, cuai betul aku ni...amatur la katakan, Aku sms suh dia dapatkan detail yang sepatutnya. Then aku trus ke HQ Public Bank, sama gak, dua kali pusing baru dapat parking. Elok aku sampai je keta tu kuar..parking meter, murah skit. Aku taruk 20 sen jer.
Dah settle, aku blah ler, tengok tengok ada beruk makyeh mana tah pi parking belakang aku! Dah le sebelah tepi aku tu ada 2 biji keta dah blok. Tapi aku leh gostan dan keluar, ni mamat ni pi parking lak blakang aku sedangkan aku punya parking slot adalah yang terakhir. Keta Honda Plat no WKE 918. Hangin satu badan la aku bila tunggu 15 minit tak muncul muncul lagi...tunggu lagi pun tak keluar gak...panas kat luar tu tambah panas lah degree aku...aku masuk balik dalam kot kot depa ada tannoy system leh aku tannoy suh mamat tu ubah keta. Malangnya depa tak ada tannoy system...Aku nyaris je nak toreh keta dia tu...kunci dah aku genggam dah, cuma lagi ingat dosa pahala je aku tak jadi buat...tapi masa keluar dari bank tu memang aku dah 70% nak pi toreh je keta dia tu...inconsiderate sucker! Padahal parking berbayar ada banyak lagi, pakai keta mahal tak kan tak mampu bayar parking kot!?
Time aku kuar bank, nampak keta tu dah jalan dah lintas tepi aku, trus aku angkat tangan dan suh dia berhenti pasal aku nak kasi hadiah penampar jepun...rupanya pompuan cina...isk pompuan lak dah..aku main isyarat je lah tunjuk tunjuk kat tempat parking tadi, dia dok bawak keta tertoleh toleh ke belakang tapi tak berhenti...hish...kalaulah aku ada masa dia datang amik keta dia tadi, agaknya mahu aku dah hadiahkan kan...Memang aku marah sangat...sebab aku sendiri kalau nak parking ke apa ke, aku akan fikirkan orang lain, laluan trafik macam mana, orang yang dah sampai dan parking dulu macam mana, hatta pejalan kaki macam mana kalau aku parking kat satu satu tempat tu..ini main parking jer....hanginnnnnn!!!!!
Apa apa pun, aku dah tambah pelaburan ittikal aku dan aku dah berjaya kurangkan Kos Purata (Average Cost) kepada 86Sen je (Masa masuk dulu 91sen).

Kisah semalam

Semalam aku keluar awal, aku pi cari kedai Hasrina, rakan sekelas yang lama tak jumpa iaitu sejak tamat belajar di ITM. Cari punya cari jumpa la jugak kedainya...Rasanya dia dah berjaya dah dalam hidup nih, ada kedai dan perniagaan yang pelbagai, ada keluarga yang happy.

Lepas lepak lepak situ, aku gerak ke Subang Parade untuk jumpa Suzihani. Dia minat nak join, janji 6.30 petang dan kami jumpa di Kenny Rogers. Dia bawak ipar duai dan suaminya sekali. Suaminya orang Taman Chempaka, dia pulak orang Batu 6, sebelah je dengan Taman Perpaduan.. Lepak sampai dekat pukul 8. alhamdulillah, dia join. Rasanya penjelasan aku ni belum mantap sebab katanya dia tak faham lagi sepenuhnya...tapi dia join jugak...mmmm..aku doakan supaya aku leh bantu dia buat duit dengan pelaburan ini insyaAllah.

Aku parking kat Carrefour, then lepas solat kat Subang Parade, aku gerak ke sana lah, beli Coolant, sun shade untuk keta aku, dan cream cheese untuk anak anak. Tang tu jugak aku masukkan coolant tu..ntah keta aku ni apasal ntah, sejak amik Wati hari tu, Radiator asyik kering jer...bocor balik la kot.

Peh tu aku ke Subang jaya lak, tunggu Bunga, dia ada apa hal ntah. Sambil sambil tu lepak kat Flea Market (baru buka!) Sempoy gak...dalam pada itu ada sorang mamat tu tegur aku...muka macam kenal tapi tak ingat lak namanya...dia kenal aku, rupanya anak murid aku dalam air force lah, Mizan namanya...dah kopral dah, alhamdulillah. Dia meniaga kat situ, jual anak patung!
Gerai sebelah lak ada sorang Kopral Admin, lupa lak nama dia lagi, dan di hadapan kanannya ada gerai Sarjan Fuad. Sambil tunggu si Bunga tu muncul, aku sembang dengan dia dan nampaknya dia minat dgn PublicMutual nih. Then Bunga join kitarang. Lepak dalam 10 minit, then aku minta diri untuk gerak ke Pelita nasi kandar dengan Bunga. Aku akan datang lagi insyaAllah! Aku singgah gerai Sjn Fuad, nampak dia agak penat..yelah dia punya gerai is gerai pelbagai dan nampaknya dia sorang je (Kopral Admin tu buat Bundle). Aku beli wallet warna Pink untuk Amai.

Then di Pelita, Bunga cerita betapa kecewanya dengan seorang Unit Trust COnsultant nih (member gak ler) ...pendek cerita akhirnya mamat tu tinggal kerjayanya dan si Bunga ni terkontang kanting. Dia masuk tu bukannya paham pun, cuma atas dasar nak tolong kawan. (teringat aku kat Suzi yang masuk tapi tak paham)... Aku pun paham la maksud dia tu, lagipun aku tak berapa nak kempen sangat kat dia, sebab aku tak mo nanti kawan kawan kata aku jumpa sebab nak jual Unit Trust... Yelah, dulu payah nak jumpa alih alih sekarang ni banyak masa lak...mungkin itu yang depa fikirkan. Tapi sebenarnya dulu memang aku tak banyak masa, keluar gelap balik gelap, tentulah kena spend masa yang berbaki tu dengan anak anak, tak le keluar jumpa member kerap.

Tapi sekarang ni aku bebas dan memang kerja aku jumpa orang. So amik kesempatan ni untuk jumpa member sekali lah. Dah Bunga tanya apa aku nak buat lepas berhenti kerja ni, aku ceritalah nak buat Unit Trust, tak abih cerita dia dah bukak cerita sedih dia lak..hu huhuhu

Gebang punya gebang aku sampai umah dah pukul 1.30 pagi...

Friday, July 14, 2006

Presentation

Semalam aku ke Jugra, Banting untuk memberikan penerangan tentang UT nih. Itu lah kali pertama bercakap tentang UT di depan khalayak. Tapi tak ramai sangat pun, ada la dalam 7-8 orang.

Diuruskan anak buah lama aku, kpl roslan. Bersungguh dia menguruskannya siap ada makan makan...fuh!

Dalam perjalanan balik, aku call Sjn Basri. DIa ni lepak Jenjarom, rupanya dia dalam perjalanan balik. Aku tunggu dia tepi jalan. Lepak rumah dia sembang lagi pasal UT. Towards the end, dia kata masih tak begitu 100% paham. Balik aku singgah masjid kat kampung dia tu solat maghrib.

Kesimpulannya aku rasa presentation aku tu tak begitu baik . Tak ramai yang faham, rasanya penjelasan yang aku buat tu agak teknikal dan agak susah untuk mereka fahami. Perkara yang sama juga diberikan pendapat oleh Kpl Roslan. Masa di Jugra tu, part part akhir baru mereka participate menanyakan soalan... Titik tolak dari situ, aku azam aku kena dapatkan ADEPT yang dikeluarkan oleh PM.