My New Life

E-Kamus-Malaysia

Thursday, July 20, 2006

Kisah semalam

Semalam aku keluar awal, aku pi cari kedai Hasrina, rakan sekelas yang lama tak jumpa iaitu sejak tamat belajar di ITM. Cari punya cari jumpa la jugak kedainya...Rasanya dia dah berjaya dah dalam hidup nih, ada kedai dan perniagaan yang pelbagai, ada keluarga yang happy.

Lepas lepak lepak situ, aku gerak ke Subang Parade untuk jumpa Suzihani. Dia minat nak join, janji 6.30 petang dan kami jumpa di Kenny Rogers. Dia bawak ipar duai dan suaminya sekali. Suaminya orang Taman Chempaka, dia pulak orang Batu 6, sebelah je dengan Taman Perpaduan.. Lepak sampai dekat pukul 8. alhamdulillah, dia join. Rasanya penjelasan aku ni belum mantap sebab katanya dia tak faham lagi sepenuhnya...tapi dia join jugak...mmmm..aku doakan supaya aku leh bantu dia buat duit dengan pelaburan ini insyaAllah.

Aku parking kat Carrefour, then lepas solat kat Subang Parade, aku gerak ke sana lah, beli Coolant, sun shade untuk keta aku, dan cream cheese untuk anak anak. Tang tu jugak aku masukkan coolant tu..ntah keta aku ni apasal ntah, sejak amik Wati hari tu, Radiator asyik kering jer...bocor balik la kot.

Peh tu aku ke Subang jaya lak, tunggu Bunga, dia ada apa hal ntah. Sambil sambil tu lepak kat Flea Market (baru buka!) Sempoy gak...dalam pada itu ada sorang mamat tu tegur aku...muka macam kenal tapi tak ingat lak namanya...dia kenal aku, rupanya anak murid aku dalam air force lah, Mizan namanya...dah kopral dah, alhamdulillah. Dia meniaga kat situ, jual anak patung!
Gerai sebelah lak ada sorang Kopral Admin, lupa lak nama dia lagi, dan di hadapan kanannya ada gerai Sarjan Fuad. Sambil tunggu si Bunga tu muncul, aku sembang dengan dia dan nampaknya dia minat dgn PublicMutual nih. Then Bunga join kitarang. Lepak dalam 10 minit, then aku minta diri untuk gerak ke Pelita nasi kandar dengan Bunga. Aku akan datang lagi insyaAllah! Aku singgah gerai Sjn Fuad, nampak dia agak penat..yelah dia punya gerai is gerai pelbagai dan nampaknya dia sorang je (Kopral Admin tu buat Bundle). Aku beli wallet warna Pink untuk Amai.

Then di Pelita, Bunga cerita betapa kecewanya dengan seorang Unit Trust COnsultant nih (member gak ler) ...pendek cerita akhirnya mamat tu tinggal kerjayanya dan si Bunga ni terkontang kanting. Dia masuk tu bukannya paham pun, cuma atas dasar nak tolong kawan. (teringat aku kat Suzi yang masuk tapi tak paham)... Aku pun paham la maksud dia tu, lagipun aku tak berapa nak kempen sangat kat dia, sebab aku tak mo nanti kawan kawan kata aku jumpa sebab nak jual Unit Trust... Yelah, dulu payah nak jumpa alih alih sekarang ni banyak masa lak...mungkin itu yang depa fikirkan. Tapi sebenarnya dulu memang aku tak banyak masa, keluar gelap balik gelap, tentulah kena spend masa yang berbaki tu dengan anak anak, tak le keluar jumpa member kerap.

Tapi sekarang ni aku bebas dan memang kerja aku jumpa orang. So amik kesempatan ni untuk jumpa member sekali lah. Dah Bunga tanya apa aku nak buat lepas berhenti kerja ni, aku ceritalah nak buat Unit Trust, tak abih cerita dia dah bukak cerita sedih dia lak..hu huhuhu

Gebang punya gebang aku sampai umah dah pukul 1.30 pagi...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home