My New Life

E-Kamus-Malaysia

Thursday, July 20, 2006

Kisah hari ni

Tadi pegi jumpa Suzihani di pejabatnya, dia semalam tak kasi Salinan IC. Then trus berangkat ke Tabung Haji di Selborn, pusing dua kali untuk parking jer, then dah parking, masuk masuk, rupanya dia tak handle akaun tapi cuma urusan untuk umrah semata.

Nampaknya kena gerak ke menara lah. Sampai menara tabung haji trus sms Bonjot, pi solat dulu di surau, lepas solat dia muncul, rupanya dia solat sekali, baru lepas makan katanya. Then kami gerak ke Tabung Haji punya kaunter. Aku tengok dalam perjalanan ke surau tadi ada orang sudah buka satu meja pasal Public Mutual. Tapi aku lalu dia tak panggil pun! Agaknya dia mengharapkan orang pegi kepada dia...kalau tak, leh jugak aku blajar macammana ayat depa tu pakai ..ehehehe...

Aku keluarkan duit tabung haji anak anak aku, sama je semua kecuali Razin, dia punya keluar kurang seratus memandangkan duit dia pun tak banyak. Bonjot lepas tolong aku, masa aku kat kaunter dia blah naik ke opis. Baru perasan masa kat parking tu Suzi tak taruk Nominees dia untuk takaful...isk, cuai betul aku ni...amatur la katakan, Aku sms suh dia dapatkan detail yang sepatutnya. Then aku trus ke HQ Public Bank, sama gak, dua kali pusing baru dapat parking. Elok aku sampai je keta tu kuar..parking meter, murah skit. Aku taruk 20 sen jer.

Dah settle, aku blah ler, tengok tengok ada beruk makyeh mana tah pi parking belakang aku! Dah le sebelah tepi aku tu ada 2 biji keta dah blok. Tapi aku leh gostan dan keluar, ni mamat ni pi parking lak blakang aku sedangkan aku punya parking slot adalah yang terakhir. Keta Honda Plat no WKE 918. Hangin satu badan la aku bila tunggu 15 minit tak muncul muncul lagi...tunggu lagi pun tak keluar gak...panas kat luar tu tambah panas lah degree aku...aku masuk balik dalam kot kot depa ada tannoy system leh aku tannoy suh mamat tu ubah keta. Malangnya depa tak ada tannoy system...Aku nyaris je nak toreh keta dia tu...kunci dah aku genggam dah, cuma lagi ingat dosa pahala je aku tak jadi buat...tapi masa keluar dari bank tu memang aku dah 70% nak pi toreh je keta dia tu...inconsiderate sucker! Padahal parking berbayar ada banyak lagi, pakai keta mahal tak kan tak mampu bayar parking kot!?

Time aku kuar bank, nampak keta tu dah jalan dah lintas tepi aku, trus aku angkat tangan dan suh dia berhenti pasal aku nak kasi hadiah penampar jepun...rupanya pompuan cina...isk pompuan lak dah..aku main isyarat je lah tunjuk tunjuk kat tempat parking tadi, dia dok bawak keta tertoleh toleh ke belakang tapi tak berhenti...hish...kalaulah aku ada masa dia datang amik keta dia tadi, agaknya mahu aku dah hadiahkan kan...Memang aku marah sangat...sebab aku sendiri kalau nak parking ke apa ke, aku akan fikirkan orang lain, laluan trafik macam mana, orang yang dah sampai dan parking dulu macam mana, hatta pejalan kaki macam mana kalau aku parking kat satu satu tempat tu..ini main parking jer....hanginnnnnn!!!!!

Apa apa pun, aku dah tambah pelaburan ittikal aku dan aku dah berjaya kurangkan Kos Purata (Average Cost) kepada 86Sen je (Masa masuk dulu 91sen).

0 Comments:

Post a Comment

<< Home