My New Life

E-Kamus-Malaysia

Saturday, June 24, 2006

Public Mutual Fund

Mmmm.... Sebenarnya aku dah terlewat dah bukak blog nih... Tapi better late then never..
Tahun depan, Mei 17, 2007 aku secara rasminya akan keluar daripada TUDM. 13 tahun bersama TUDM cukup membentuk aku menjadi seperti apa aku sekarang ini.. 13 tahun tendang terajang dalam kehidupan makan gaji rasanya cukup menjadikan aku dewasa.. aku mempunyai beberapa rancangan masa depan untuk aku meneruskan sisa sisa hidup aku ni bersama anak anak dan ister tercinta.. Mereka bergantung hidup kepada aku....aku kena buat sesuatu kalau aku telah bertekad untuk keluar...

Untuk itu, akhirnya aku lulus exam CUTE - Computerised Unit Trust Examination - yang dirangka dan dibuat oleh FMUTM - Federation of Malaysian Unit Trust Managers. Tarikh keramat adalah pada 15 Jun yang lepas.. Sebenarnya aku baru sahaja didedahkan dengan Unit Trust ni hujung tahun yang lalu, yang mana aku diperkenalkan oleh kawan lama aku Anol Juri Tajuddin kepada kawannya yang mencari prospek (di Ipoh). Pertemuan itu membuka mata ku dan aku berminat dengan bidang ini.

Lalu terus aku war war kan di E-Grup keluarga aku dan tanpa disedari rupa rupanya Abg Sulung aku, Ali sedang membuat persediaan untuk mengikuti CUTE pada November 2005. Namun ketika itu, tak terlintas untuk menjadikannya sebagai karier aku di masa depan.

Pendek cerita, kini aku join Public Mutual Unit Trust agent melalui abang aku.. dia Upline aku lah...tapi dia ni join sebab nak handle sendiri akaun dia...duit dia dah banyak dah...tak perlu kerja sepenuhnya sebagai agent...akaun yang dia handle akaun dia sendiri, akaun isternya, akaun anak saudara kami dan abang aku yang lainnya ( ni hasil aku promote kat E Grup, harap kat dia memang dia tak promote punya)

Okeh...nanti aku sambung lain InsyaAllah.