My New Life

E-Kamus-Malaysia

Tuesday, June 26, 2007

KWSP

Sengaja aku conteng conteng kat sini setelah beberapa purnama tak menulis di sini...

Yang sebenarnya, tak tau nak tulih apa apa pun! ehehehehe...

Berbalik kepada tajuk, teringat dahulu aku ada menulis tentang sekatan ke atas pelaburan melalui KWSP nih... dah setel dah masalah tu.. masa tu akubagi teori Kerajaan tak ada duit nak finance bajet 2007...

Kali ni apa plak? ehehehe...macam dirancang rancang pulak beb... Baru je kerajaan umumkan kenaikan gaji kakitangan kerajaan (gula gula PRU) mulai Julai ini.. terdengar jugak org bercakap cakap..kerajaan ada duit ker? Aku jawab, ada la tu pasal dia bagi... Ghuper ghupernya sejarah berulang..KWSP DISEKAT LAGI!!

Mulai bulan nih, kesemua FUND PM tak leh dah pelabur keluarkan atau salurkan dana tabung 1 KWSP mereka untuk dilaburkan. Kalau yang dulu tu ok la jugak alasannya, kita kena merenung jauh jauh baru jumpa, tapi alasan kali ni, semua dana yang terlibat dgn pelaburan luar negara disekat! Public Mutual mana mau lari, semua dananya ada labur ke luar negara!!!

Heran tak heran yer, dana dana dia semuanya berdaya maju, semuanya memberi pulangan yang baik.. maknanya ada untung lah! Tapi...kenapa dia sekat pulak??

Aii...tak kan tak paham paham lagi kottttt......


Bijak sungguh mereka menguruskan dan mentadbir kewangan negara!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home